Selamat datang ke laman blog J-qaf SKSHD.. segala informasi terkini mengenai aktiviti J-qaf ada disini

Friday 30 July 2010

Salam Jumaat

Salam jumaat untuk warga skshd..Hari ini lebih baik dari semalam... Insyaallah kita sama2 berniat untuk teruskan perjuangan sebagai Ahli dalam Keluarga, Organisasi dan Masyarakat...

Jangan lopa solat jumaat...

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Sya’ban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Allah SWT telah mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dahulu sehingga kini. Kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya ini dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkannya al-Quran dalam kehidupan kita ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya, kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin ka’ab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak di benarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Ini membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.....


baca selengkapnya disini.. khutbah (RUMI) , (JAWI)

Ihsan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

No comments:

Post a Comment